APN atau Access Point Name adalah sekadar “gateway” atau pintu akses kepada capaian internet (transaksi data).
Tiada masalah jika ingin menggunakan APN Celcom3g. Jika data internet stabil, tak perlu ubah APN pun tak mengapa. Namun, pengguna ONEXOX amat digalakkan untuk menggunakan APN XOX. Ini kerana untuk mengelakkan kesesakan dari pengguna celcom. Ada kemungkinan bila guna APN XOX, line data internet lebih stabil dan lebih laju. Ini kerana jumlah pengguna XOX masih belum ramai berbanding pengguna celcom.