Selepas Menerima Simkad :
- Buat panggilan keluar yang berjawab selama beberapa saat untuk aktifkan simkad. (Call berjawab/angkat bukan miss call atau sms). Anda juga boleh membuat panggilan ke 12273 (PERCUMA) beberapa saat & tamatkan panggilan atau buat panggilan kepada rakan anda (5sen bawah 10 saat).
NOTA KAKI : Anda diberi tempoh 30 hari untuk aktifkan simkad anda, simkad yang tidak diaktifkan akan ‘terminated’ selepas tempoh tersebut.
- Pastikan anda buat tetapan 10 nombor Rakan & Family untuk kadar Panggilan & SMS yang rendah ke semua rangkaian. Rujuk gambar dibawah untuk mengaktifkan dan menambah senarai “Friends & Family”anda.
Pendaftaran Akaun SELFCARE :
Anda digalakkan untuk membuat pendaftaran akaun SelfCare di website www.onexox.my
SELFCARE :
Di Selfcare anda boleh menyemak profil anda
Membuat semakan baki
Menyemak bil penggunaan anda
Tambah nilai secara online melalui online banking Maybank2U / CimbClicks / lain-lain
Melanggan pelan internet
Baca: Cara Daftar Akaun Selfcare
Easy Menu *150#
Easy Menu *150# memudahkan lagi penggunaan simkad ONEXOX untuk :
Manual Ringkas & Tambah Nilai
Semak baki > SMS: BAL hantar ke 22111 @ *132# Call
Untuk Tambah Nilai -> *132*1*PinCode16Angka# > CALL
Tambah Nilai boleh didapati di 7Eleven / stesen minyak / ePay / MOL / online / Dealer ONEXOX

Pembahagian Akaun DA & MA
Pembahagian akaun DA & MA adalah kelebihan rangkaian ONEXOX berbanding dengan lain-lain telco di pasaran. Jika penggunaan anda lebih kepada Call & SMS, disarankan untuk membuat tambah nilai sekurang-kurangnya RM30 atau RM50 sekaligus kerana pembahagian ke akaun DA lebih banyak dan anda akan dapat nikmati lebih penjimatan.

Tetapan 10 Nombor Rakan & Famili
Untuk lebih penjimatan, anda digalakkan untuk membuat tetapan 10 nombor Rakan & Famili ke MANA-MANA RANGKAIAN (Celcom / Maxis / Digi / Umobile / Altel / talian tetap TM / lain-lain).
Tetapan nombor Rakan & Famili – SMS: FnF ADD 012xxxxxxx hantar ke 22111
Semak senarai tetapan SMS: FnF LIST hantar ke 22111
Hapuskan nombor tetapan SMS: FnF DEL 012xxxxxxx hantar ke 22111

Langganan Data Internet

Cas langganan data akan ditolak dalam akaun MA. Jika baki di akaun MA tidak mencukupi, sistem akan ambil kredit di akaun DA secara auto. Tunggu sehingga SMS makluman diterima.
Pastikan tetapan internet dalam telefon bimbit anda telah diaktifkan dan pastikan tetapan APN menggunakan nama XOX (sesetengah telefon bimbit tak perlu).
Jika gagal untuk melayari internet, cuba off & on semula telefon bimbit anda dan jika masih tidak berjaya, sila hubungi customer servis 12273 untuk bantuan.